Faktor Pemilihan Pakaian

FAKTOR FISIOLOGI

Pakaian duiperlukan sebagai pelindung tubuh badan dalam semua keadaan iklim panas dan iklim sejuk. Pakaian merupakan keperluan fisiologi kerana pakaian adalah perlindungan kulit daripada menjaga kering dan mengawal suhu badan.

Umur dan bentuk badan seseorang  mempengaruhi pemilihan pakaian.

Contohnya: Pakaian untuk wanita yang mengandung

Pemilihan pakaian yang sesuai daoat membuat bentuk tubuh seseorang kelihatan lebih menarik.

Contohnya: Seorang yang bertubuh kurus dan langsing corak febrik yang sesuai ialah jalur melintang atau kosong serta warna yang terang atau garang dan mengikut stail pakaian yang kembang sesuai untuknya begitu juga sebaliknya untuk seseoarang yang bertubuh gempal.

PENDIDIKAN

Pendidikan ERT telah menjadikan individu mempunyai padangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini, individundapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian. Pengetahuan ini juga dapat mempelbagaikan fesyen pakaian mengikut peredaran zaman.

GEOGRAFI

Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseoarang. Dinegara panas fabrik yang sesuai untuk di jadikan pakaian ialah febrik yang dapat menyerap lembapan dan stail yang sesuai ialah stail longgar untuk memudahkan peredaran udara.

Pakaian tebal daripada febrik bulu biri – biri atau kulit diperlukan dinegara sejuk. Biasanya pakaian ketat dan menutup keseluruhan tubuh dipakai untuk mengurangkan peredaran udara dan mengekalkan haba badan.

PENDAPATAN KELUARGA

Febrik yang eksklutif yang diperbuat daripada febrik yang mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkan status atau pendapatan seseorang.

BUDAYA DAN AGAMA

Pakaian tradisional melambangkan budaa sesuatu kaum.

Contohnya :

      • Kebaya untuk pakaian tradisi orang Melayu

      • Ceogsam untuk pakaian tradisi orang Cina

      • Sari untuk pakaian tradisi orang India

KEMAJUAN TEKNOLOGI

Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siap dikeluarkan dengan mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan gentian sentitik, membolehkan kita mempunyai febrik dan kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah renyuk dan mudah dijaga.


KEPERLUAN SOSIAL

Seeorang individu memainkan berbagai peranan dalam masyarakat. Merekan perlu menyesuaikan pakaian dengan mereka pada masa atau keadaan tertentu.

Contohnya : pakaian formal dan pakaian informal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s