Faktor Pemilihan Tempat Kediaman

Pemilihan tempat kediaman merupakan satu keputusan keluarga yang penting. Pelbagai faktor harus ditentukan dan dipertimbangankan agar pilihan yang dibuat dapat menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga.

KEPERLUARAN

  • Keperluan keluarga untuk berteduh daripada hujan,panas, dam sejuk

  • Berlindung daripada bencana dan penjenayah

  • Berinteraksi dan melaksanakan aktiviti harian.

  • Ciri,saiz dan jenis ruang yang diperluakan keluarga yang berbeza.

PENDAPATAN

  • Pemilihan tempat kediaman berdasarkan kemampuan keluarga.

  • Keluarga yang berpendapatan tinggi mampu memilih tempat kediaman yang mempunyai ciri – ciri seperti lokasi yang baik, saiz yang lebih besar dan dilengkapi alat teknologi tinggi seperti sistem kawalan berkomputer.

KESELAMATAN

Keselamatan ahli keluarga diberi keutamaan dalam memilih tempat kediaman. Antara ciri – cirinya seperti berikut :

  • Aman

  • Bebas daripada jenayah

  • Berdekatan dengan perkhidmatan keselamatan seperti polis dan bomba

  • Kawalan keselamatan seperti sistem peggera keselamatan

  • Sistem pencegahan kebakaran

  • Pemasangan jeriji pada tingkap dan pintu

KEJIRANAN

  • KEjiranan dititikberatkan semasa pemilihan rumah

  • lihat dari segi status dan sosioekonomi yang sama

  • gaya hidup, cara pemikiran dan norma yang sama membantu keluarga berinteraksi.

ESTETIKA

  • Kebersihan dan keceriaan tempat kediaman dari segi luaran dan dalaman.

  • Kawasan sekeliling bersih dan ceria

  • Pemandangan indah

  • Tempat kediaman yang mudah dibersihkan, senang dihias,teratur dan cantik.

INFRASTUKTUR

Infrastuktur dan perkhidmatan di tempat tinggal adalah :

  • Sistem jalan raya

  • Sistem bekalan air

  • Bekalan tenaga elektrik

  • Sistem pembuangan sampah

  • Perkhidmatan kesihatan

  • Perkhidmatan kebajikan

  • Perkhidmatan pendidikan

  • Perkhidmatan perhubungan

  • Tempat beribadat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s